BEIJING: Pakistan menanti-nantikan fasa kedua Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) dan percaya koridor ini dapat membawa limpahan manfaat kepada masyarakat tempatan, kata Perdana Menteri Pakistan Anwar ul Haq Kakar .
Beliau berkata pembinaan CPEC fasa pertama yang antara lain merangkumi pelabuhan Gwadar, jalan raya dan lapangan terbang serta beberapa projek tenaga telah pun siap dan membuahkan hasil menggalakkan.
"CPEC telah membawa limpahan manfaat kepada rakyat Pakistan khususnya penduduk di provinsi Balochistan," kata Kakar ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Sejak sedekad lalu, China dan Pakistan memperkasakan pembinaan CPEC sehingga diperluaskan ke dalam sektor pertanian, perlombongan, sains dan teknologi, teknologi maklumat dan lain-lain.
Pembinaan CPEC mendorong pembinaan koridor pertumbuhan, kesejahteraan rakyat, inovatif, hijau dan terbuka antara China dengan Pakistan, sekali gus menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran kedua-dua negara bahkan serantau.
Mengulas mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Kakar berkata berbanding mekanisme multilateral yang lain, pembinaan bersama BRI bergantung kepada kaedah ekonomi, bukanlah berniat mengubah dunia melalui kekuatan dan kekerasan.
"China tidak berhasrat menegakkan indentiti budaya tunggal melalui BRI baik di peringkat global atau pun serantau.
"Kelebihan utama inisiatif itu tersemat dalam budaya bangsa China, di samping menerima dan menghormati perbezaan dari luar dan tidak mencetuskan kebencian ekoran perbezaan itu," kata Kakar.
Sebagai projek utama dalam kerjasama China-Pakistan dan antara projek rintis dalam BRI dan CPEC sejak sedekad lalu, membuktikan bahawa bermula sekadar idea kini ia menjadi kenyataan.
Setakat penghujung 2022, CPEC berjaya menarik pelaburan langsung bernilai US$25.4 bilion untuk Pakistan, mencipta 155,000 peluang pekerjaan, menambah jalan raya sepanjang 510 kilometer, sekali gus menyediakan asas teguh kepada kesalinghubungan infrastruktur dan perindustrian serta pertumbuhan sosioekonmoi negara itu secara berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Kakar berkata pembinaan CPEC fasa pertama yang antara lain merangkumi pelabuhan Gwadar, jalan raya dan lapangan terbang serta beberapa projek tenaga telah pun siap dan membuahkan hasil menggalakkan. - Gambar CMG
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
CPEC mampu bawa limpahan manfaat kepada rakyat - PM Pakistan
Pakistan menanti-nantikan fasa kedua Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) dan percaya koridor ini dapat membawa limpahan manfaat kepada masyarakat tempatan.